Ahad, 21 Februari 2010

Tips memilih dan memakai lipstik

Tips Solekan Bibir 

Solekan bibir mempunyai kuasa untuk menaikkan mood anda dan penampilan anda. Dalam satu minit anda mencalitkan lipstick merah anda dibibir dengan paduan lip gloss, anda sudah merasa seksi dan glamour...betul tak?

Bermain warna dibibir juga memberikan anda satu perasaan yang teruja untuk segera keluar dan mempamerkannya kepada org disekeliling anda. Anda boleh menukar warna dibibir anda mengikut mood anda setiap hari. Secara teknikalnya, mmg tak susah pun pakai lipstik dan lip gloss. Bibir adalah tempat dimana anda melemparkan idea kreatif anda setiap hari. Mulakan harimu dengan penuh kreativiti dan pengalaman yang menakjubkan.....


Memilih Warna Bibir Yang Sesuai 

Setiap wanita seharusnya mempunyai warna bibir untuk menceriakan lagi harinya. Cara yang paling sesuai utk memilih lipstik adalah hari anda tidak ber'makeup'. Anda sedang mencari warna yang sesuai utk menjadikan wajah anda outstanding. Ini bermaksud,  warna natural bibir biasanya sesuai antara warna brownish-pink, nude and rose pink.


LIP GLOSS
Lip gloss warna pink, jernih dan nude boleh memberikan kesan yang menarik selepas anda mengenakan lipstik anda. Ia akan memberikan kesan "sexy pouty-lip" pada bibir anda...
Kemasan terakhir, lekapkan kedua2 bibir anda. TETAPI jgn digeselkan antara bibir. Kerana lip gloss pd bahagian tgh bibir, memberikan anda refleksi menarik...illusion dan fullness!!!


Tips Memilih dan Memakai Blusher


Bagaimana memilih blusher 

Belajar bagaimana memakai blusher adalah mudah dan berbaloi. Sbb blusher /pemerah pipi menampilkan bentuk wajah anda dan kecantikkannya. Mungkin sedikit blusher pink dan aprikot menyerlahkan lagi hari anda...

Pemilihan warna yang sesuai adalah mudah. Warna terbaik dapat ditentukan oleh warna pipi anda adalah selepas anda selesai bersenam...di situ anda akan nampak warna sebenar pipi anda. Blush yang semulajadi adalah blush yg terbaik dan biasanya rose, pink, peach dan twany adalah pilihan yang tepat. Jika anda berkulit cerah, pilihlah warna terang. Tetapi jika anda berkulit gelap, pilihlah warna yg agak gelap. Ia akan kelihatan menarik jika anda padankan dengan lipstick anda. kadang-kadang, ada wanita yang mencalitkan lipstick mereka pada pipi supaya warna pipi dan bibir mereka berpadanan.

WARNING:

Sekiranya anda memakai lipstick bewarna pink, pakailah pemerah pipi yang sama iaitu pink. Jika anda memakai lipstick warna bronze, sapukan pemerah pipi warna bronze. Jangan memakai blusher warna bronze dengan padanan lipstick warna pink. Ini akan mendatangkan kesan tidak semulajadi pada anda.

Jenis-jenis blusher:

1. Powder blush

Adalah paling popular dan mudah didapati. Terdapat banyak pilihan warna. Gunakan 2 warna iaitu warna lembut dan warna terang. Contohnya, anda boleh membeli warna pink dimana disitu ada pink lembut dan pink terang. anda boleh menggunakan pink lembut pd waktu siang dan pink terang pd wartu malam. Anda juga boleh menggabungkan kedua2 blusher itu..pakai lembut dahulu kemudian terang.         

2. Cream blush

Adalah sangat sesuai dipakai oleh wanita yang telah berusia @ pun kepada wanita yang mempunyai kulit yang kering. Kerana ia akan lembap dan mudah dipadankan.

3. Gel stain /liquid blush

Adalah sangat sesuai pada wanita muda dan yang mempunyai kulit yang licin/halus. Ini akan memberikan kesan berkilau dan berwarna-warni pada kulit. Kecantikkan semulajadi anda akan tetap nampak walaupun anda ber'makeup'.
** Anda perlu segera mencuci tangan anda selepas menyapu ke wajah kerana blusher jenis ini adalah pekat. 


CARA MEMAKAI BLUSHER

1. Dengan menggunakan berus yang besar, pilih apa2 warna utk menghilangkan warna sedia ada.
2. SENYUM!!!! Anda akan lihat ada bahagian pipi akan timbul. Itulah tempat yang perlu anda sapukan blusher. Sapukan dengan tarikkan keluar.
3. Pastikan warna tersebut dipadankan dengan baik dan natural. Sepatutnya tidak hanya nampak garisan warna shj.
4. Jika anda inginkan kombinasi warna terang...sapukan warna lembut dahulu kemudian warna terang. 


Tips Solekan Mata

applying eyeshadow
 Bermain dengan eyeshadows dan eyeliners adalah sesuatu yang best sebenarnya. Best sebab anda boleh belajar untuk mencampurkan pelbagai warna utk mencantikkan mata anda. Step pertama sblm anda mewarnakan mata anda, anda perlu tahu apa yang anda perlukan. kosmetik yang diperlukan biasanya : eyeshadow, maskara dan eyeliner ( basic makeup ). Tetapi anda mungkin memerlukan concealer utk menutup kesan hitam di bawah mata anda.


Cadangan saya at least:
1. Guna concealer utk menutup lingkaran gelap di mata.
2. Sapukan sedikit loose powder utk melicinkan/meratakan dan memberi kesan asas bg eyeshadow.
3. Sapukan sedikit eyeshadow pada kelopak mata.


PEMAKAIAN EYESHADOW

Tidak kira samaada anda baru belajar makeup @ sudah mempunyai pengalaman ber"makeup", pastikan anda memberikan aspek "terhibur" dalam menatarias wajah anda. Ini kerana anda akan bermain dengan warna-warna yang cantik, utk mencantikkan lagi mata anda. Mungkin anda perlukan alunan muzik yang romantis utk membantu anda....siapa tahu!!! Jangan stres!!

Sleepy Bedroom Eyes
1.  Gunakan berus utk meletakkan sedikit  brown eyeshadow pada garis2 kelopak mata dan sapukan dengan kemas.
2.  Sapukan sedikit shimmer white eyeshadow ke atas kelopak mata(eyelid) dan pada tulang alis mata(eyebrow) anda.
3.  Kemudian calitkan liquid black eyeliner pada garis mata(lashline) anda dan pastikan ia rapat pada bulu mata(lashes). Calitan nipis pada bahagian dlm, tebal di tengah dan kembali nipis di luar lashline. tunggu sehingga kering. Nanti comot pulak....
4. kalau rajin nk pakai bulu mata palsu...pakailah...lekatkan pada bulu mata dan lash down hujung bulu mata tu biar nampak sleepy sket...
5. pakai mascara utk atas dan bwh bulu mata.

Smokey Eyes

Smokey eyes

Anda perlukan:


Moisturizer
Concealer
Black eyeliner pencil
Eyeshadow brush or sponge-tip applicator
Powdered black eyeshadow
Powdered vanilla eyeshadow
Eyelash curler
Black mascara

 STEPS: 
1. Sapukan sedikit mousturizer pd mata. pastikan bukan dr bahan yg berminyak. Jika tidak, solekan akan jd comot.
2. Sapukan concealer pd bwh mata dan sapukan sedikit loose powder dan bedakkan juga kelopak mata utk eyeshadow tahan lama.
3. Calitkan Pencil eyeliner hitam pada garisan mata atas sahaja. pastikan calitan hitam eyeliner menjadi tebal sehingga hujung garisan mata.
4. menggunakan berus eyeshadow/span, tutup dan kemaskan garis2 halus yg tidak boleh dicapai dengan pencil eyeliner. 
5. Gunakan berus/ span ambil sedikit eyeshadow hitam dan sapukan pd garis eyeliner td, bermula dr dalam hingga keluar. Berhati2 jika mewarnakannya...
6. Seterusnya, buat lengkungan bayang gelap ke lipatan eyelid. Ia perlu diletakkan sedikit tebal pd outer half of the eyelid dan nipis pd inner half.
7. Gunakan eyeshadow warna vanila utk membuat highlight pd lengkuk eyebrow dan di tgh2 eyelid. Elakkan dr meletakkan highlighter pd bhgn bayang gelap td.
8. Sapukan maskara utk tatarias terakhor.












Sabtu, 20 Februari 2010

Tips tatarias untuk menyerlahkan kecantikkan anda

Tips Tatarias Mudah Untuk Menyerlahkan Kecantikkan Dalaman Anda


Pernahkah anda menginginkan tips-tips solekan/makeup dan sedikit kelainan untuk memberikan wajah yang cantik, tiada cela dan bersinar cantik? Saya juga merasakan begitu. Rahsia untuk mendapatkan wajah yang cantik adalah mudah dari apa yang anda fikirkan. Dengan pemilihan kosmetik yang betul dan tatarias solekan yang ringkas, anda boleh menyerlahkan kecantikkan kulit wajah, mata, pipi dan bibir anda. Ini boleh menyebabkan orang lain tertanya-tanya, bagaimana anda melakukannya??? 


Dengan belajar dan mengikuti tips dan langkah tatarias yang ringkas/mudah, akan juga akan tahu betapa mudah dan senangnya untuk menyerlahkan kecantikkan diri anda sendiri.


Petua-petua

ATASI KULIT KASAR DAN BINTIK HITAM
Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua ini. 
Anda cuma perlu guna timun saja.
1. Parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.
Selamat mencuba!!
BERAS PULUT CERAHKAN KULIT
Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. 
untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. 
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan2. 
3. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.  Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.
Selamat mencuba!!

DAUN MENGKUDU HILANGKAN JERAWAT BATU

Kali ni bahan utama  adalah pucuk daun mengkudu.
Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam dan gaulkan
4. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.
Selamat Mencuba!

MENJAGA KULIT WAJAH - Pelembab
1. Kulit Normal
Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.
2. Kulit Kering
Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.
3. Kulit Berminyak
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

TUBUH BERSIH TANPA DAKI
Bagi menghilangkan daki pada tubuh, adalah dengan:
1. Ambil 2 cawan kacang hijau, hancurkan.
2. Campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada badan.
Tubuh anda akan cantik dan gebu jika diamalkan selalu.
selamat mencuba!!

Cara pemilihan dan memakai foundation

Disini saya ingin berkongsi beberapa tips dan langkah-langkah untuk solekan/makeup  ringkas :

Alat Solek ::  Boleh guna jari, berus ataupun span utk sapuan foundation mahupun pun eyeshadow.
Langkah 1: Pastikan muka bersih dari peluh dan minyak. Ini bermakna, sebelum mula bersolek,mestilah anda nak muka anda bersih dulu kan...
Kenapa perlu bersih? Kerana kalau ada minyak sedikit pun, mekap tidak akan bertahan lama. Ini terjadi kepada ramai wanita, kerana mekap yang dikenakan bertompok-tompok dan kelihatan tidak sekata.
Kalau anda rajin, petua menggunakan ais boleh dilakukanlah sebelum tidur. Teknik urutan muka menggunakan ais ni...boleh menyegarkan muka anda dan sekaligus menutup liang-liang roma pada kulit muka anda...Tak percaya??? Cubalah!!! Apabila muka kita sihat dan segar, pakailah apa jua jenis produk, mesti cantik punyerlah.....

Langkah 2: Bila wajah sudah bersih, gunalah bedak asas/foundation yang bersesuaian dengan kulit muka. Yang pasti, gunakan warna yang sama seperti warna kulit wajah anda. Anda tahu?? Ujian warna tidak boleh dilakukan ke atas mana-mana bahagian tangan mahupun badan kerana warna yang tidak tepat. Dan...ini akan menyebabkan anda tersilap memilih warna.

Bedak asas mempunyai pelbagai jenis, di antaranya:
  • Bedak dwi guna/two way cake
  • Bedak cecair/liquid
  • Bedak jenis krim/stick
  • Bedak padat/compact
    BERSIHKAN MUKA :  Bagi anda yang amat gemar bermekap, rajin-rajinkanlah cuci muka. Jangan sambil lewa jer...tapi nak cantik!! Dan MESTI pakai mask sekurang-kurangnya seminggu sekali ( kalau rajin sangat..2 kali seminggu lagi bagus. Buat pengetahuan anda semua, alat solek yang kita guna setiap hari ni..mengandungi byk bahan kimia. Kesan pada kulit...pudarlah seri wajah kita yang asli ni..cik kak oiiii!!!
    Nak tua ke sebelum waktu nyer...........tolonglahhhhh!!

    LANGKAH 3: Dah pilih foundation, tunggu apa lagi… sapu la… tak kisah pun kalau nak sapu dgn jari ke, span ke, berus pun boleh…. tp kalau boleh, gunalah span. Tak lah comot nanti.. kalau tersalah pegang.

    PETUA PILIH FOUNDATION

    Digalakkan supaya TIDAK membeli secara online..sbb warna displayed tak sama dengan warna kulit u all bila dah tepek kat muka...kecuali kalau mmg dah tahu kod warna foundation tu..ha barulah boleh beli!!…
    SO...belilah kat store dan try acukan/sapu sedikit pada kulit wajah  anda...
    DIINGATKAN sapuan perlulah di kulit muka..bukan kat bahagian lain tubuh anda..
    Skin tone kita ni..kadang-kadang tak sama..daripada membazir salah beli..baik test dulu...
    Masa test tu pulak...cucilah muka dulu spy tggl warna kulit asal shj.  Warna terbaik adalah warna yg sebijik dgn warna kulit…. mostly wanita suka lebih cerah dari warna asal… up to you lah yer....ikutlah citarasa anda..


    WARNING!!! Jangan sekali-kali sapu dengan tarikan ke bawah. Cepat tua kak oiiii!!! Kendur dan berkedut akak nanti.… sapuan yg betul...dengan sapuan ke atas @ menarik ke arah luar kiri dan kanan... ni penting ni... siapa yang belajar facial, dia akan lebih tahu teknik sapuan ni. SBB TEKNIK INI DIAMALKAN UTK KEKAL MUDA/AWET MUDALAH KATAKAN. Oleh itu, kalau pergi facial, jgnlah pergi lagi kalau dah tau yang dorg ni buat urutan/sapuan ke bawah...cepat tua laaaaa.....main belasah je dorang tu...

    SAPUAN FOUNDATION SEKITAR MATA
    Sapuan mestilah dari luar ekor mata ke dalam dgn cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata. Jangan lupa pulak pd celah bedah yg ada bulu mata, kat situ pun kena letak jugak...nanti semua yang berkedut nampak..karang org teka plak usia kiter berapa....coverlineee.....
    Sapu mesti kemas utk solekan yang cantik
    TIPS: solekan siang, elok guna compact atau two way atau liquid. Utk function plak.. elok guna cream stick atau liquid yg tebal.


    *** Biasanya kulit wanita Asia  di Malaysian, lebih kencedurung kearah warna cerah kekuningan.
           pantai timur pulak , lebih kepada cerah keputihan/kemerahan.
           JADI MMG ADA PERBEZAAN!!!

    Pemilihan dan penyediaan alat solek

    Pemilihan alat solek adalah sangat penting. lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kesesuaian dan bersesuaiankah warna tersebut dengan warna kulit dan jenis kulit anda. Oleh itu, anda tidak boleh sewenang-wenangnya membeli alat solek tanpa mengenal pasti warna kulit anda biarpun alat solek tersebut dari jenama yang terkenal @ mahal harganya. Ini kerana, solekan anda mungkin terlalu terang ataupun terlalu gelap untuk anda.

    Kebanyakan wanita belum benar-benar mahir tentang teknik solekan sempurna. Mereka hanya sekadar membeli alat solek berjenama mewah tetapi itu memberi makna besar jika mereka tidak tahu cara bersolek yang mampu memberi kesan dramatik dalam seni solekan mereka.

    Anda tidak semestinya memahami dengan detail mengenai fungsi-fungsi berus dan juga bagaimana nak guna berus-berus tersebut. Cukuplah anda tahu bahawa anda perlukan berus eyeshadow dan blusher.
    Oleh itu, di antara peralatan asas solekan/make-up yang anda perlu ada untuk bermekap adalah seperti berikut:
    1. Bedak asas/foundation
    2. Eyeshadow
    3. Eyeliner
    4. Mascara
    5. Blusher
    6. Lipstick
    Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik, wajah anda perlulah cantik. Bukanlah maksud cantik tadi, anda perlu cantik seperti artis @ bidadari.
    Maksud cantik di sini ialah wajah anda bersih dan tiada cela jerawat, jeragat, luka. Sekiranya ada, anda boleh menutup kesan tersebut dgn menggunakan concealer (warna lebih cerah dr kulit). 

    Cara membersihkan wajah sebelum bersolek

    Biasanya kita digalakkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari . Tetapi adakah dengan mencuci wajah kita 2 kali sehari akan membuatkan wajah kita benar-benar bersih?

    Membersihkan wajah juga ada cara dan teknik yang tertentu bagi memastikan kita tidak hanya membazirkan pencuci muka kita yang mahal itu jika wajah tidak benar-benar bersih. Anda seharusnya sudah pandai memilih jenis pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan wajah.
    CUCI MEKAP
    Tanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu . Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Bagi mengelakkan kulit anda dari kendur, gunakan kapas muka dan tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan maskara yang kalis air dan eyeliner berbentuk cecair, kerana ia sukar ditanggalkan. Oleh itu anda perlu menggunakan pencuci mata yang sesuai dan juga mengandungi bahan yang dirumus khas kerana bahagian mata adalah bahagian yang paling sensitif. Caranya adalah dengan menekap kapas pada mata dan tarik menghala ke bawah serta ulangi langkah ini sehingga kesan maskara dan eyeliner hilang.


    CARA-CARA MENCUCI MUKA
    Basuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu.
    Sekiranya pencuci muka anda jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secukupnya. Tetapi sekiranya jenis cream anda boleh terus meletakkan pada wajah, dengan membuat 5 dot pada wajah iaitu dibahagian pipi, hidung, dagu dan dahi.

    Mulakan dengan mencuci bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke-atas dan elakkan daripada mengena bahagian sekitar mata. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Cuci muka anda sekurang-kurangnya 5 minit dan setelah habis, cuci tangan anda hingga bersih.

    **Manjakan wajah anda dengan skrub dan masker yang sesuai dengan kulit anda 2 kali seminggu.