Isnin, 16 Julai 2012

Tips kelihatan cantik selalu


Banyak Minum Air
Pastikan anda minum air yang banyak bagi mengelakkan tubuh anda dehidrasi. Elakkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan untuk meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih anda mudah membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan "water retention"
Sentiasa Bersenam
Baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, disiplin diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.




Tidur Yang Mengcukupi
Jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
Rehatkan Kulit Muka
Pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Bersihkan muka anda.Sisa itu boleh menyebabkan wajah anda ditumbuhi jerawat. Anda mahu???
Makan Jangan Berlebihan
Anda perlu mesti makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan, tetapi pastikan ia menu sihat.
Jangan Merokok
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Ini paling penting buat wanita. Jangan biarkan diri anda mengumpul toksin akibat dari menghisap rokok. Jauhi rokok!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan