Isnin, 31 Mei 2010

CARA MENANGGALKAN BULU

Kewujudan bulu roma di muka, kaki dan kawasan lain yang tidak diingini adalah sesuatu yang mengerikan bagi seorang wanita terutamanya yang berkerjaya sebagai model. Jika terdapat bulu roma di muka seperti bibir atas, dagu dan cuping mahupun di betis adalah sesuatu yang memalukan dan akan kelihatan hodoh.


Bulu roma boleh dibuang melalui beberapa cara iaitu sama ada mencabut, mencukur, menggunakan bahan kimia tertentu atau laser. Namun, cara-cara ini sebenarnya boleh memberikan kesan negatif sama ada jangka pendek atau jangka panjang, yang pasti memang ia akan memberikan kesan yang tidak baik pada pengamalnya.


Kaedah mencabut merupakan kaedah yang paling mudah dan paling murah. Mereka hanya perlu memiliki penyepit kecil untuk membuang dan menarik bulu roma keluar. Oleh yang demikian mendapati bahawa kaedah mencabut ini merupakan kaedah yang sering digunakan untuk membuang bulu roma.

Bulu roma tersebut akan mengambil masa untuk tumbuh semula kerana dengan mencabut, bulu roma akan keluar berserta dengan akarnya. Walaupun kaedah ini nampak lebih selamat namun sebenarnya ia akan memberi kesan pada kulit. Kulit akan menjadi merah dan akan berasa sakit ketika mencabutnya.


Selain mencabut, kaedah mencukur juga amat popular. Hal ini kerana ia boleh membuang bulu roma dengan mudah dan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia hanyalah penyelesaian sementara kerana apabila bulu roma ini terkena dengan pisau cukur, bulu roma akan tumbuh dengan lebih lebat dan kasar daripada sebelumnya. Oleh yang demikian, mereka perlu mencukur dengan lebih kerap dan hal ini secara tidak langsung akan membuang masa kerana setiap hari atau 2 hingga 3 hari perlu meluangkan masa untuk mencukur bulu roma ini semula.


Bahan kimia yang khususnya untuk menanggalkan bulu roma memang banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Sebenarnya, dengan menggunakan bahan kimia merupakan kaedah yang paling bahaya. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kulit seperti alergi dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika mahu menggunakan bahan kimia, adalah perlu untuk mendapat nasihat dan arahan daripada doktor.


Seterusnya ialah dengan menggunakan kaedah laser. Kini, kaedah ini adalah amat popular bagi yang berkemampuan kerana dipercayai bahawa penanggalan bulu romanya adalah sempurna dan kekal. Namun, kaedah ini mengambil masa yang agak panjang untuk membebaskan bulu roma dengan sepenuhnya. Ia perlu membuat rawatan beberapa kali bagi membuang bulu roma secara kekal dan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan