Isnin, 31 Mei 2010

Ucapan terima kasih

Assalammualaikum kepada semua yg membaca blog saya berkenaan cara-cara solekan. blog saya cuma mengajar cara solekan yang mudah dan simple kepada anda supaya anda semua tidak membazir masa untuk berdandan setiap kali anda hendak kemana-mana.

Selain dari itu, disini juga ada sedikit petua-petua untuk penjagaan kullit muka dan badan serta kaedah untuk menanggalkan bulu roma yang ada pada kulit kita.

Saya berharap pembaca berpuas hati dan memberi komen yang membina dalam blog saya ini serta berkongsi apa jua berkenaan dengan solekan dan andaman dalam blog saya serta petua-petua yang jarang didengar dalam penjagaan kulit, luaran badan dan dalaman.

Selamat membaca!!!!!

CARA MENANGGALKAN BULU

Kewujudan bulu roma di muka, kaki dan kawasan lain yang tidak diingini adalah sesuatu yang mengerikan bagi seorang wanita terutamanya yang berkerjaya sebagai model. Jika terdapat bulu roma di muka seperti bibir atas, dagu dan cuping mahupun di betis adalah sesuatu yang memalukan dan akan kelihatan hodoh.


Bulu roma boleh dibuang melalui beberapa cara iaitu sama ada mencabut, mencukur, menggunakan bahan kimia tertentu atau laser. Namun, cara-cara ini sebenarnya boleh memberikan kesan negatif sama ada jangka pendek atau jangka panjang, yang pasti memang ia akan memberikan kesan yang tidak baik pada pengamalnya.


Kaedah mencabut merupakan kaedah yang paling mudah dan paling murah. Mereka hanya perlu memiliki penyepit kecil untuk membuang dan menarik bulu roma keluar. Oleh yang demikian mendapati bahawa kaedah mencabut ini merupakan kaedah yang sering digunakan untuk membuang bulu roma.

Bulu roma tersebut akan mengambil masa untuk tumbuh semula kerana dengan mencabut, bulu roma akan keluar berserta dengan akarnya. Walaupun kaedah ini nampak lebih selamat namun sebenarnya ia akan memberi kesan pada kulit. Kulit akan menjadi merah dan akan berasa sakit ketika mencabutnya.


Selain mencabut, kaedah mencukur juga amat popular. Hal ini kerana ia boleh membuang bulu roma dengan mudah dan cepat tanpa perlu berjumpa dengan doktor dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia hanyalah penyelesaian sementara kerana apabila bulu roma ini terkena dengan pisau cukur, bulu roma akan tumbuh dengan lebih lebat dan kasar daripada sebelumnya. Oleh yang demikian, mereka perlu mencukur dengan lebih kerap dan hal ini secara tidak langsung akan membuang masa kerana setiap hari atau 2 hingga 3 hari perlu meluangkan masa untuk mencukur bulu roma ini semula.


Bahan kimia yang khususnya untuk menanggalkan bulu roma memang banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Sebenarnya, dengan menggunakan bahan kimia merupakan kaedah yang paling bahaya. Hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kulit seperti alergi dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika mahu menggunakan bahan kimia, adalah perlu untuk mendapat nasihat dan arahan daripada doktor.


Seterusnya ialah dengan menggunakan kaedah laser. Kini, kaedah ini adalah amat popular bagi yang berkemampuan kerana dipercayai bahawa penanggalan bulu romanya adalah sempurna dan kekal. Namun, kaedah ini mengambil masa yang agak panjang untuk membebaskan bulu roma dengan sepenuhnya. Ia perlu membuat rawatan beberapa kali bagi membuang bulu roma secara kekal dan selamat.

Ahad, 21 Februari 2010

Tips memilih dan memakai lipstik

Tips Solekan Bibir 

Solekan bibir mempunyai kuasa untuk menaikkan mood anda dan penampilan anda. Dalam satu minit anda mencalitkan lipstick merah anda dibibir dengan paduan lip gloss, anda sudah merasa seksi dan glamour...betul tak?

Bermain warna dibibir juga memberikan anda satu perasaan yang teruja untuk segera keluar dan mempamerkannya kepada org disekeliling anda. Anda boleh menukar warna dibibir anda mengikut mood anda setiap hari. Secara teknikalnya, mmg tak susah pun pakai lipstik dan lip gloss. Bibir adalah tempat dimana anda melemparkan idea kreatif anda setiap hari. Mulakan harimu dengan penuh kreativiti dan pengalaman yang menakjubkan.....


Memilih Warna Bibir Yang Sesuai 

Setiap wanita seharusnya mempunyai warna bibir untuk menceriakan lagi harinya. Cara yang paling sesuai utk memilih lipstik adalah hari anda tidak ber'makeup'. Anda sedang mencari warna yang sesuai utk menjadikan wajah anda outstanding. Ini bermaksud,  warna natural bibir biasanya sesuai antara warna brownish-pink, nude and rose pink.


LIP GLOSS
Lip gloss warna pink, jernih dan nude boleh memberikan kesan yang menarik selepas anda mengenakan lipstik anda. Ia akan memberikan kesan "sexy pouty-lip" pada bibir anda...
Kemasan terakhir, lekapkan kedua2 bibir anda. TETAPI jgn digeselkan antara bibir. Kerana lip gloss pd bahagian tgh bibir, memberikan anda refleksi menarik...illusion dan fullness!!!


Tips Memilih dan Memakai Blusher


Bagaimana memilih blusher 

Belajar bagaimana memakai blusher adalah mudah dan berbaloi. Sbb blusher /pemerah pipi menampilkan bentuk wajah anda dan kecantikkannya. Mungkin sedikit blusher pink dan aprikot menyerlahkan lagi hari anda...

Pemilihan warna yang sesuai adalah mudah. Warna terbaik dapat ditentukan oleh warna pipi anda adalah selepas anda selesai bersenam...di situ anda akan nampak warna sebenar pipi anda. Blush yang semulajadi adalah blush yg terbaik dan biasanya rose, pink, peach dan twany adalah pilihan yang tepat. Jika anda berkulit cerah, pilihlah warna terang. Tetapi jika anda berkulit gelap, pilihlah warna yg agak gelap. Ia akan kelihatan menarik jika anda padankan dengan lipstick anda. kadang-kadang, ada wanita yang mencalitkan lipstick mereka pada pipi supaya warna pipi dan bibir mereka berpadanan.

WARNING:

Sekiranya anda memakai lipstick bewarna pink, pakailah pemerah pipi yang sama iaitu pink. Jika anda memakai lipstick warna bronze, sapukan pemerah pipi warna bronze. Jangan memakai blusher warna bronze dengan padanan lipstick warna pink. Ini akan mendatangkan kesan tidak semulajadi pada anda.

Jenis-jenis blusher:

1. Powder blush

Adalah paling popular dan mudah didapati. Terdapat banyak pilihan warna. Gunakan 2 warna iaitu warna lembut dan warna terang. Contohnya, anda boleh membeli warna pink dimana disitu ada pink lembut dan pink terang. anda boleh menggunakan pink lembut pd waktu siang dan pink terang pd wartu malam. Anda juga boleh menggabungkan kedua2 blusher itu..pakai lembut dahulu kemudian terang.         

2. Cream blush

Adalah sangat sesuai dipakai oleh wanita yang telah berusia @ pun kepada wanita yang mempunyai kulit yang kering. Kerana ia akan lembap dan mudah dipadankan.

3. Gel stain /liquid blush

Adalah sangat sesuai pada wanita muda dan yang mempunyai kulit yang licin/halus. Ini akan memberikan kesan berkilau dan berwarna-warni pada kulit. Kecantikkan semulajadi anda akan tetap nampak walaupun anda ber'makeup'.
** Anda perlu segera mencuci tangan anda selepas menyapu ke wajah kerana blusher jenis ini adalah pekat. 


CARA MEMAKAI BLUSHER

1. Dengan menggunakan berus yang besar, pilih apa2 warna utk menghilangkan warna sedia ada.
2. SENYUM!!!! Anda akan lihat ada bahagian pipi akan timbul. Itulah tempat yang perlu anda sapukan blusher. Sapukan dengan tarikkan keluar.
3. Pastikan warna tersebut dipadankan dengan baik dan natural. Sepatutnya tidak hanya nampak garisan warna shj.
4. Jika anda inginkan kombinasi warna terang...sapukan warna lembut dahulu kemudian warna terang. 


Tips Solekan Mata

applying eyeshadow
 Bermain dengan eyeshadows dan eyeliners adalah sesuatu yang best sebenarnya. Best sebab anda boleh belajar untuk mencampurkan pelbagai warna utk mencantikkan mata anda. Step pertama sblm anda mewarnakan mata anda, anda perlu tahu apa yang anda perlukan. kosmetik yang diperlukan biasanya : eyeshadow, maskara dan eyeliner ( basic makeup ). Tetapi anda mungkin memerlukan concealer utk menutup kesan hitam di bawah mata anda.


Cadangan saya at least:
1. Guna concealer utk menutup lingkaran gelap di mata.
2. Sapukan sedikit loose powder utk melicinkan/meratakan dan memberi kesan asas bg eyeshadow.
3. Sapukan sedikit eyeshadow pada kelopak mata.


PEMAKAIAN EYESHADOW

Tidak kira samaada anda baru belajar makeup @ sudah mempunyai pengalaman ber"makeup", pastikan anda memberikan aspek "terhibur" dalam menatarias wajah anda. Ini kerana anda akan bermain dengan warna-warna yang cantik, utk mencantikkan lagi mata anda. Mungkin anda perlukan alunan muzik yang romantis utk membantu anda....siapa tahu!!! Jangan stres!!

Sleepy Bedroom Eyes
1.  Gunakan berus utk meletakkan sedikit  brown eyeshadow pada garis2 kelopak mata dan sapukan dengan kemas.
2.  Sapukan sedikit shimmer white eyeshadow ke atas kelopak mata(eyelid) dan pada tulang alis mata(eyebrow) anda.
3.  Kemudian calitkan liquid black eyeliner pada garis mata(lashline) anda dan pastikan ia rapat pada bulu mata(lashes). Calitan nipis pada bahagian dlm, tebal di tengah dan kembali nipis di luar lashline. tunggu sehingga kering. Nanti comot pulak....
4. kalau rajin nk pakai bulu mata palsu...pakailah...lekatkan pada bulu mata dan lash down hujung bulu mata tu biar nampak sleepy sket...
5. pakai mascara utk atas dan bwh bulu mata.

Smokey Eyes

Smokey eyes

Anda perlukan:


Moisturizer
Concealer
Black eyeliner pencil
Eyeshadow brush or sponge-tip applicator
Powdered black eyeshadow
Powdered vanilla eyeshadow
Eyelash curler
Black mascara

 STEPS: 
1. Sapukan sedikit mousturizer pd mata. pastikan bukan dr bahan yg berminyak. Jika tidak, solekan akan jd comot.
2. Sapukan concealer pd bwh mata dan sapukan sedikit loose powder dan bedakkan juga kelopak mata utk eyeshadow tahan lama.
3. Calitkan Pencil eyeliner hitam pada garisan mata atas sahaja. pastikan calitan hitam eyeliner menjadi tebal sehingga hujung garisan mata.
4. menggunakan berus eyeshadow/span, tutup dan kemaskan garis2 halus yg tidak boleh dicapai dengan pencil eyeliner. 
5. Gunakan berus/ span ambil sedikit eyeshadow hitam dan sapukan pd garis eyeliner td, bermula dr dalam hingga keluar. Berhati2 jika mewarnakannya...
6. Seterusnya, buat lengkungan bayang gelap ke lipatan eyelid. Ia perlu diletakkan sedikit tebal pd outer half of the eyelid dan nipis pd inner half.
7. Gunakan eyeshadow warna vanila utk membuat highlight pd lengkuk eyebrow dan di tgh2 eyelid. Elakkan dr meletakkan highlighter pd bhgn bayang gelap td.
8. Sapukan maskara utk tatarias terakhor.












Sabtu, 20 Februari 2010

Tips tatarias untuk menyerlahkan kecantikkan anda

Tips Tatarias Mudah Untuk Menyerlahkan Kecantikkan Dalaman Anda


Pernahkah anda menginginkan tips-tips solekan/makeup dan sedikit kelainan untuk memberikan wajah yang cantik, tiada cela dan bersinar cantik? Saya juga merasakan begitu. Rahsia untuk mendapatkan wajah yang cantik adalah mudah dari apa yang anda fikirkan. Dengan pemilihan kosmetik yang betul dan tatarias solekan yang ringkas, anda boleh menyerlahkan kecantikkan kulit wajah, mata, pipi dan bibir anda. Ini boleh menyebabkan orang lain tertanya-tanya, bagaimana anda melakukannya??? 


Dengan belajar dan mengikuti tips dan langkah tatarias yang ringkas/mudah, akan juga akan tahu betapa mudah dan senangnya untuk menyerlahkan kecantikkan diri anda sendiri.


Petua-petua

ATASI KULIT KASAR DAN BINTIK HITAM
Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua ini. 
Anda cuma perlu guna timun saja.
1. Parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.
Selamat mencuba!!
BERAS PULUT CERAHKAN KULIT
Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. 
untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. 
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan2. 
3. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.  Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.
Selamat mencuba!!

DAUN MENGKUDU HILANGKAN JERAWAT BATU

Kali ni bahan utama  adalah pucuk daun mengkudu.
Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam dan gaulkan
4. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.
Selamat Mencuba!

MENJAGA KULIT WAJAH - Pelembab
1. Kulit Normal
Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.
2. Kulit Kering
Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.
3. Kulit Berminyak
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

TUBUH BERSIH TANPA DAKI
Bagi menghilangkan daki pada tubuh, adalah dengan:
1. Ambil 2 cawan kacang hijau, hancurkan.
2. Campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada badan.
Tubuh anda akan cantik dan gebu jika diamalkan selalu.
selamat mencuba!!