Sabtu, 20 Februari 2010

Cara membersihkan wajah sebelum bersolek

Biasanya kita digalakkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari . Tetapi adakah dengan mencuci wajah kita 2 kali sehari akan membuatkan wajah kita benar-benar bersih?

Membersihkan wajah juga ada cara dan teknik yang tertentu bagi memastikan kita tidak hanya membazirkan pencuci muka kita yang mahal itu jika wajah tidak benar-benar bersih. Anda seharusnya sudah pandai memilih jenis pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan wajah.
CUCI MEKAP
Tanggalkan segala kesan mekap pada wajah anda menggunakan pencuci mekap yang tertentu . Ini penting agar cucian yang seterusnya benar-benar sampai ke pori-pori kulit. Bagi mengelakkan kulit anda dari kendur, gunakan kapas muka dan tarik dari dalam ke luar wajah dan arah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan maskara yang kalis air dan eyeliner berbentuk cecair, kerana ia sukar ditanggalkan. Oleh itu anda perlu menggunakan pencuci mata yang sesuai dan juga mengandungi bahan yang dirumus khas kerana bahagian mata adalah bahagian yang paling sensitif. Caranya adalah dengan menekap kapas pada mata dan tarik menghala ke bawah serta ulangi langkah ini sehingga kesan maskara dan eyeliner hilang.


CARA-CARA MENCUCI MUKA
Basuh tangan terlebih dahulu sebersih-bersihnya kemudian ikut arahan yang terdapat pada jenis pencuci muka yang anda gunakan itu.
Sekiranya pencuci muka anda jenis berbuih maka buihkan dengan campuran air yang secukupnya. Tetapi sekiranya jenis cream anda boleh terus meletakkan pada wajah, dengan membuat 5 dot pada wajah iaitu dibahagian pipi, hidung, dagu dan dahi.

Mulakan dengan mencuci bahagian pipi dengan gerakan memusar menghala ke-atas dan elakkan daripada mengena bahagian sekitar mata. Kemudian teruskan ke tepi hidung dan hidung, gunakan hujung jari manis untuk menanggalkan kotoran pada bahagian celah tepi hidung.Teruskan ke bahagian dahi dengan gerakan memusar juga hingga ke garis anak rambut kemudian ke sekeliling wajah dan diteruskan ke bahagian dagu dengan cara gerakan yang sama. Seterusnya ke bahagian bawah dagu dan leher. Cuci muka anda sekurang-kurangnya 5 minit dan setelah habis, cuci tangan anda hingga bersih.

**Manjakan wajah anda dengan skrub dan masker yang sesuai dengan kulit anda 2 kali seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan