Sabtu, 20 Februari 2010

Pemilihan dan penyediaan alat solek

Pemilihan alat solek adalah sangat penting. lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan kesesuaian dan bersesuaiankah warna tersebut dengan warna kulit dan jenis kulit anda. Oleh itu, anda tidak boleh sewenang-wenangnya membeli alat solek tanpa mengenal pasti warna kulit anda biarpun alat solek tersebut dari jenama yang terkenal @ mahal harganya. Ini kerana, solekan anda mungkin terlalu terang ataupun terlalu gelap untuk anda.

Kebanyakan wanita belum benar-benar mahir tentang teknik solekan sempurna. Mereka hanya sekadar membeli alat solek berjenama mewah tetapi itu memberi makna besar jika mereka tidak tahu cara bersolek yang mampu memberi kesan dramatik dalam seni solekan mereka.

Anda tidak semestinya memahami dengan detail mengenai fungsi-fungsi berus dan juga bagaimana nak guna berus-berus tersebut. Cukuplah anda tahu bahawa anda perlukan berus eyeshadow dan blusher.
Oleh itu, di antara peralatan asas solekan/make-up yang anda perlu ada untuk bermekap adalah seperti berikut:
  1. Bedak asas/foundation
  2. Eyeshadow
  3. Eyeliner
  4. Mascara
  5. Blusher
  6. Lipstick
Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik, wajah anda perlulah cantik. Bukanlah maksud cantik tadi, anda perlu cantik seperti artis @ bidadari.
Maksud cantik di sini ialah wajah anda bersih dan tiada cela jerawat, jeragat, luka. Sekiranya ada, anda boleh menutup kesan tersebut dgn menggunakan concealer (warna lebih cerah dr kulit). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan