Sabtu, 20 Februari 2010

Petua-petua

ATASI KULIT KASAR DAN BINTIK HITAM
Sebagai salah satu usaha anda merawat masalah tersebut, cubalah ikuti petua ini. 
Anda cuma perlu guna timun saja.
1. Parut dulu timun tu.
2. Kemudian, perah timun tadi untuk mendapatkan airnya.
3. Gunakanlah air perahan timun tu untuk mencuci muka anda sebelum tidur.
Selamat mencuba!!
BERAS PULUT CERAHKAN KULIT
Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. 
untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. 
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan2. 
3. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.  Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.
Selamat mencuba!!

DAUN MENGKUDU HILANGKAN JERAWAT BATU

Kali ni bahan utama  adalah pucuk daun mengkudu.
Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.
2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.
3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam dan gaulkan
4. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.
6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.
7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.
8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.
9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.
Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.
Selamat Mencuba!

MENJAGA KULIT WAJAH - Pelembab
1. Kulit Normal
Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.
2. Kulit Kering
Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.
3. Kulit Berminyak
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

TUBUH BERSIH TANPA DAKI
Bagi menghilangkan daki pada tubuh, adalah dengan:
1. Ambil 2 cawan kacang hijau, hancurkan.
2. Campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada badan.
Tubuh anda akan cantik dan gebu jika diamalkan selalu.
selamat mencuba!!

4 ulasan:

  1. InsyaAllah sy akan berikan lebih banyak petua2 berkaitan penjagaan wajah dan tubuh..maaf blog masih baru.

    BalasPadam
  2. kalo nak ilangkan bintik2 mcm kaler coklat tu cmn? dia bukan jerawat, nk kata jeragat entah, mcm bijik kecik2 je, .. ape tah orang panggil tu.. sy ade banyak kat muka, badan, tapi boleh tanggal cuma sy tak tahu kenapa boleh ada..

    BalasPadam
  3. Bintik2 kecil itu seperti kutil /ketuat ke??
    Kalau kutil begini caranya.

    letak getah dr buah betik muda...anda akan rs gatal sket ttp dlm masa semggu insyaAllah kutil tu mngerasdan tercabut sendiri. Selamat Mencuba

    BalasPadam