Ahad, 21 Februari 2010

Tips Memilih dan Memakai Blusher


Bagaimana memilih blusher 

Belajar bagaimana memakai blusher adalah mudah dan berbaloi. Sbb blusher /pemerah pipi menampilkan bentuk wajah anda dan kecantikkannya. Mungkin sedikit blusher pink dan aprikot menyerlahkan lagi hari anda...

Pemilihan warna yang sesuai adalah mudah. Warna terbaik dapat ditentukan oleh warna pipi anda adalah selepas anda selesai bersenam...di situ anda akan nampak warna sebenar pipi anda. Blush yang semulajadi adalah blush yg terbaik dan biasanya rose, pink, peach dan twany adalah pilihan yang tepat. Jika anda berkulit cerah, pilihlah warna terang. Tetapi jika anda berkulit gelap, pilihlah warna yg agak gelap. Ia akan kelihatan menarik jika anda padankan dengan lipstick anda. kadang-kadang, ada wanita yang mencalitkan lipstick mereka pada pipi supaya warna pipi dan bibir mereka berpadanan.

WARNING:

Sekiranya anda memakai lipstick bewarna pink, pakailah pemerah pipi yang sama iaitu pink. Jika anda memakai lipstick warna bronze, sapukan pemerah pipi warna bronze. Jangan memakai blusher warna bronze dengan padanan lipstick warna pink. Ini akan mendatangkan kesan tidak semulajadi pada anda.

Jenis-jenis blusher:

1. Powder blush

Adalah paling popular dan mudah didapati. Terdapat banyak pilihan warna. Gunakan 2 warna iaitu warna lembut dan warna terang. Contohnya, anda boleh membeli warna pink dimana disitu ada pink lembut dan pink terang. anda boleh menggunakan pink lembut pd waktu siang dan pink terang pd wartu malam. Anda juga boleh menggabungkan kedua2 blusher itu..pakai lembut dahulu kemudian terang.         

2. Cream blush

Adalah sangat sesuai dipakai oleh wanita yang telah berusia @ pun kepada wanita yang mempunyai kulit yang kering. Kerana ia akan lembap dan mudah dipadankan.

3. Gel stain /liquid blush

Adalah sangat sesuai pada wanita muda dan yang mempunyai kulit yang licin/halus. Ini akan memberikan kesan berkilau dan berwarna-warni pada kulit. Kecantikkan semulajadi anda akan tetap nampak walaupun anda ber'makeup'.
** Anda perlu segera mencuci tangan anda selepas menyapu ke wajah kerana blusher jenis ini adalah pekat. 


CARA MEMAKAI BLUSHER

1. Dengan menggunakan berus yang besar, pilih apa2 warna utk menghilangkan warna sedia ada.
2. SENYUM!!!! Anda akan lihat ada bahagian pipi akan timbul. Itulah tempat yang perlu anda sapukan blusher. Sapukan dengan tarikkan keluar.
3. Pastikan warna tersebut dipadankan dengan baik dan natural. Sepatutnya tidak hanya nampak garisan warna shj.
4. Jika anda inginkan kombinasi warna terang...sapukan warna lembut dahulu kemudian warna terang. 


4 ulasan:

  1. kalau kulit sawo matang tu kira kulit gelap la ye? warna gelap tu warna yg mcmana?

    BalasPadam
  2. salam tini.
    Ada beberapa jenis kulit sawo matang. sya akan cuba jawab soalan tini dengan lebih jelas di blog ok. T.kasih

    BalasPadam
  3. assalam..sis, saya suke bc blog sis sbb pasal kecantikan..he3....saye suke cntik2...nk komen skit la...sis tukar la bacjgroud blog nie...sbb ade gmbr rantai lambang salib la...xelok dipandang..tq...

    BalasPadam
  4. maafkan sy kalau sy x perasan akan adanya lambang salib tue. t.kasih yer kerana menegur sy. t.kasih juga krn sudi membaca blog sy..

    BalasPadam